Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 20, 2013

Rumah Terbuka Tun M

Bismillahirrahmanirrahim...

18 Ogos 2013 - Gigih MakLong, AyahChik & keluarga menghadiri rumah terbuka Tun M di The Mines Golf & Resort. 
Beberapa tahun lepas MakLong & MakTeh dah pernah pergi majlis ni tapi keadaan taklah seramai hari ni.
Oleh sebab rumah Tun M tu dekat je dengan rumah MakLong, AyahChik datang ambil MakLong dulu sebelum ke sana.
Bukan apa, boleh jimatkan ruang parking juga.
Cuaca agak panas tapi orang tetap ramai. 
Kami terpaksa parking agak jauh skit dan berjalan kaki untuk masuk ke dalam.


Ni ramai2 beratur nak tunggu van yang angkut tetamu ke rumah Tun M tapi kami decide nak jalan kaki je sebab barisan tu panjang sangat.
Kalau nak tunggu entah berapa lama baru sampai.
Lagipun dulu masa MakLong datang sini, berjalan kaki taklah jauh sangat cuma kena tahan dengan cuaca panas je tapi baik panas daripada hujan basah kuyup.
Yang paling best tentulah Sara, tak penat jalan kaki huhu



15 minit juga berjalan kaki tapi itu sebab jalan slow2. 
Kalau jalan laju, lagi cepat sampai.
Sampai sana, tengok2 mak ai panjangnya barisan beratur untuk jumpa & salam Tun M sampai ada yang sanggup beratur tengah2 panas.
Paling kagum tengok ada orang2 tua yang macam dah tak larat tapi gigih juga beratur sebab nak jumpa Tun M. 


Kami dah 50-50.
Kalau macam ni gayanya, bila baru dapat jumpa Tun M ni.
Dahla dengan panas & laparnya lagi.
Tiba2 AyahChik nampak bekas KM Melaka, Datuk Seri Wira Ali Rustam berdiri sebelah dia.
Cepat2 MakLong suruh posing & snap gambar dengan dia.
Sempatlah AyahChik salam dengan dia.


Lepas bergambar, masih berkira2 lagi nak beratur ke nak makan dulu.
Bila tengok barisan yang tak surut2, kami decide untuk makan dulu sebab perut pun dah lapar.


Dalam duk terkending2 tu, perasan kereta model baru Proton Suprima dah ada di perkarangan rumah Tun M. 
Iyelah, Tun M kan penasihat Proton.



Memang pelik gila tengok perangai orang kita menapau tak hengat macam dah setahun tak makan.
Ada sorang makcik tua ni amik polisterin, kaut semua kuih yang ada dalam dulang tu huhu.
Last2 kami fedap nak beratur ambik makanan. 
Dengan berebut2nya, panasnya, complete set.


Dalam duk bersesak2 tu, entah macamana tiba2 kami termasuk kawasan Tun M duduk.
Sempat juga bergambar dengan Datuk Mukhriz tapi sayang gambar AyahChik & keluarga tak termasuk sebab brother baju kuning tu block. 
Nampak tangan Sara je huhu.
Gambar MakLong ni pun tiba2 ada sorang hamba Allah yang baik hati tolong ambilkan & buka laluan berdiri sebelah DM.


Tiba2 terperasan Tun M duduk dekat gila dengan tempat kami berdiri.
MakLong tarik AyahChik untuk pergi salam dengan Tun M.
It's now or never.
Alhamdulillah pegawai yang jaga tu tak halang pun kami cuma takleh berlama sebab ramai gila tengah beratur.
Secara tak sengaja kami potong barisan sebenarnya huhu.
Sempatlah AyahChik & Sara salam dengan Tun M.


MakLong perasan memang jumlah orang yang datang sangat ramai berbanding kunjungan terdahulu dengan MakTeh.
Last2 kami tak makan pun.
Lepas salam terus keluar cari udara dan kedai makan.


Sara dapat duit raya, yeay!


Untuk balik pun, kami jalan kaki juga. 
Tak sanggup nak berebut2 naik van.
Masa nak balik tu pun, masih ramai yang datang.
Tua, muda, kecil, besar, semua ada.
So, tertanya2 juga, kata benci Tun M tapi tetaplah ramai juga yang datang nak jumpa dia.



Lega & puas apabila misi tercapai.

No comments:

Post a Comment